'Arwah jadikan mengaji al-Quran, solat sunat amalan' - Suami

  • 4 hari lalu
BERITA SEMASA 17 MEI 2024

Allahyarham Rosnah Ramli, 60, yang meninggal dunia selepas solat Maghrib berjemaah di Masjid Zahir pada Khamis menjadikan mengaji al-Quran setiap hari sebagai amalan semasa hayatnya, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Suaminya, Ishak Mat Saman, 65, berkata, isterinya sentiasa membaca al-Quran dan melakukan solat sunat.

Menurutnya, arwah isterinya yang merupakan surirumah akan melakukan solat tahajjud apabila terjaga dari tidur malam.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/665277/edisi/utara/arwah-jadikan-mengaji-al-quran-solat-sunat-amalan---suami

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #alquran #Solatsunat