'Sanusi bukan pengganas' - Peguam

  • 4 hari lalu
'Sanusi bukan pengganas' - Peguam

BERITA SEMASA 17 MEI 2024

Peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud menegaskan Datuk Seri Sanusi merupakan seorang Menteri Besar Kedah, bukannya pengganas, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Beliau berkata demikian selepas pihak pendakwaan kekal dengan pendirian bahawa, senarai nama dan pernyataan saksi yang akan dipanggil ke mahkamah hanya akan diserahkan dalam masa 14 hari sebelum perbicaraan, yang dijadualkan bermula Julai depan.

Menurut Awang Armadajaya, Muhammad Sanusi Md Nor, 50, tidak pernah melakukan jenayah keganasan, mendera atau mengugut orang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665270/berita/semasa/sanusi-bukan-pengganas---peguam

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Sabusi #MBKedah