Penganggur didakwa mengedar dadah

  • 4 hari lalu
BERITA SEMASA 17 MEI 2024

Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan mengedar 9.2 kilogram (kg) dadah pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed.

Tertuduh, A Nathan, 48, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 9,200 gram di kawasan sekitar bangunan pasar raya di Medan Stesen 19/9, Taman Pengkalan Jaya sekitar jam 1.15 petang pada 13 Mei lalu.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/665232/berita/semasa/penganggur-didakwa-mengedar-dadah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #dadah #pengedar #heroin