Kelakar! Mat Sabu ajuk suara Tuan Guru Haji Hadi

  • 5 years ago
Presiden Amanah Mohammad Sabu memimik suara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika kempen PRK Cameron Highland mahu pengundi wajib memilih calon Islam. Dia dengan sinis memberitahu saranan Tuan Hadi adalah wajib untuk mengundi calon Islam bagi menjaga kepentingan Islam terutama dalam meramaikan ahli parlimen di Dewan Rakyat. Namun dalam pilihanraya kecil di Tanjung Piai, pendirian PAS berbeza pula yang memilih calon bukan Islam, iaitu Calon MCA Wee Jeck Seng.
Dia berseloroh, 'katak puru dalam longkang pun pening!'