Mat Sabu 'naik angin'

  • 5 years ago
Presiden AMANAH Mohamad Sabu mempersoalkan mengapa hubungan Umno dan PAS diadakan secara gelap tanpa membawa ke majlis syura mahupun muktamar.Ia jelas berbeza ketika PAS mahu menagdakan pakatan bersama PKR mahupun DAP yang dibawa ke majlis syura dan muktamar, menurut Menteri Pertahanan yang terkenal dengan panggilan Mat Sabu.Dalam ceramah di Semenyih semalam, Mat Sabu dilihat cukup marah kerana beliau ketika menjadi Timbalan Presiden PAS dan bekas Naib Presiden PAS yang lain seperti Mahfuz Omar, Husam Musa tidak mengetahui hubungan 'gelap' yang dijalinkan PAS bersama Umno.Untuk rekod Mat Sabu bersama beberapa bekas pemimpin PAS yang lain menubuhkan parti AMANAH selepas kumpulan mereka tidak terpilih dalam pemilihan parti.