Mat Sabu kongsi video tentera wanita ucap shahadah

  • 5 years ago
Semalam Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkongsi video upacara pengislaman seorang tentera wanita yang berasal dari Sarawak.

Dia memuat naik video pengislaman tersebut di Twitter miliknya yang memaparkan Patricia Evelyn Renggei mengucapkan syahadah di hadapan Pengarah Agama Markas Tentera Darat, Kolonel Muhamad Azmi Wahab.

Mohamad turut membuat hantaran, "Selamat datang saudara baharu kita, anggota lain-lain pangkat (LLP) berpangkat prebet, Patricia Evelyn Renggie yang merupakan anak kelahiran Kapit, Sarawak.

"Beliau baru sahaja memeluk Islam dengan nama Nurul Umairah Zahra Abdullah. Semoga diberikan keberkatan," tulisnya.

Nurul Umairah ertarik dengan agama Islam sejak di zaman persekolahan lagi dan hasrat untuk memeluk agama Islam semakin kuat apabila ditukarkan dari JRP (Jabatan Arah Rekod dan Pencen) ke CSM (Cawangan Sumber Manusia) disebabkan mendapat sokongan yang penuh daripada pegawai serta rakan sejawa