Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Lencana Jalur Gemilang dicadang diperluas ke tabika perpaduan

Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan agar pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah turut diperluaskan kepada taman bimbingan kanak-kanak (tabika) perpaduan di seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, cadangan itu dilihat sebagai langkah yang baik bagi menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan kanak-kanak sejak usia awal.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724401/berita/semasa/lencana-jalur-gemilang-dicadang-diperluas-ke-tabika-perpaduan

#SinarHarian #BeritaSemasa #lencanaJalurGemilang #tabika

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pemakaian lencana jalur gemilang boleh diperluaskan kepada tabika perpaduan di seluruh negara.
00:07Menteri Perpaduan Negara Dato' Aaron Agudagam berkata ia bertujuan menyemai semangat patriotik dan cintakan negara sejak usia kanak-kanak.
00:17Menurutnya setakat ini lebih 34,000 kanak-kanak berdaftar di 781 buah tabika perpaduan dan 990 kanak-kanak di 41 buah taska perpaduan seluruh negara.
00:31Beliau ditemui ketika merasmikan program Jom Baca Bersama 10 Minit Sempenah Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia di Sungai Petani pada Selasa.
00:41Dalam majlis sama, beliau turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM1 juta bagi baucer buku Semarak membaca tahun 2025.
00:50Sebelum ini, media melaporkan semua murid sekolah bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia mula memakai lencana jalur gemilang di pakaian seragam sekolah masing-masing secara berperingkat bermula Isnin.

Recommended