Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Malaysia dan China bersetuju melanjutkan program pengecualian visa bagi tempoh 90 hari secara bersama untuk tempoh lima tahun lagi, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata persetujuan itu dicapai melalui memorandum persefahaman (MoU) ketika kunjungan Presiden China, Xi Jinping ke negara ini minggu lalu, dengan negara itu juga bersetuju melaksanakan pengecualian sama secara timbal balik.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #pengecualianvisapelancongChina #Pengecualianvisa

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, yang kita, kita dengan China ni, kalau rakan-rakan media ikuti, Perdana Menteri umumkan pada hujung tahun 2023
00:09yang kita namakan program liberalisasi visa. Waktu itu kita anggap sebagai satu tempoh percubaan lah, sebab setahun gitu.
00:20Gunanya untuk kita perhatikan, apakah dengan melonggarkan visa ini, pertama dari segi tempoh lah.
00:32Daripada 30, kita kata 90 hari keberadaan jadi di Malaysia, mereka tak perlukan visa.
00:39Lebih daripada itu ada keperluannya.
00:43Dan China juga kita minta reciprocate.
00:46Tapi China pada masa itu bagi kita 15 hari ke begitu lah.
00:50Tempoh pun pendek, ok.
00:52Jadi, nama pun tempoh percubaan.
00:54Dalam tempoh itu apa yang kita perhatikan, impak kemasukan para pelancong daripada China itu meningkat.
01:02Dan dari segi nilai ekonomi, macam saya sebut tadi, kementerian pelancongan dia ada kayu ukur dia.
01:08Dia adalah formula kira-kira dia bagi setiap seorang pelancong dari negara China yang datang, berapa dia belanjakan.
01:15Sekitar mencecah 7 ribu, begitulah.
01:20Adalah formula dia.
01:21Jadi, bila kita hitung balik dari segi jumlah ketibaan, ternyata dia adalah satu formula yang boleh merangsang sumbangan ekonomi dengan segera dan impaknya besar.
01:33Pertolak daripada situ, maka KDN yang mengawal persoalan visa ini diminta untuk meneruskan lagi rundingan dengan pihak negara China.
01:43Dan kemuncaknya adalah pada ketika kunjungan Presiden Xi, satu daripada 32 MOU yang telah kita tanda tangani adalah berkaitan dengan visa.
01:53Yang baru ini maksudnya apa?
01:55Kita lanjutkan untuk lima tahun ke depan dan sejurus tamat lima tahun, optionnya adalah kita sambung lagi lima tahun.
02:03Iaitu tempoh 90 hari keberadaannya, rakyat dia di negara kita sebagai pelancong dan dia pun reciprocate, timbal balas yang sama juga kepada kita.
02:15Jadi mudah kalau urusan yang memerlukan keberadaan mereka lebih lama, kita dah selesaikan dengan cara itu.
02:24Baik, tahun lepas saja, ataupun setakat April tahun ini saja, angka kemasukan yang kita rekodkan dari rakyat China ke negara kita sudah pun mencecah, approaching 900 ribu.
02:36Tahun lepas totalnya adalah 4 juta lebih. Jadi dia tetap memegang antara pelancong luar yang tertinggi.

Recommended