Pengeluar makanan bayi, Singapore Lactation Bakes (SLB), tampil memohon maaf atas kesilapan memaparkan Jalur Gemilang tidak lengkap dalam video pelancarannya untuk SLB Malaysia, di ibu negara.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pengeluar Makanan Bayi Singapore Lactation Bakes SLB tampil memohon maaf atas kesilapan memaparkan jalur gemilang tidak lengkap dalam video pelancarannya untuk SLB Malaysia di Kuala Lumpur.
00:13SLB menyertai pameran perdagangan produk bayi di pusat pameran sebuah pusat beli belah di Ibu Negara.
00:21Ia adalah insiden kali ketiga dalam minggu ini yang menyaksikan paparan jalur gemilang tidak lengkap.
00:27Menurut kenyataan SLB, pihaknya dimalumkan bahawa bendera Malaysia yang dipaparkan adalah tidak lengkap dengan unsur utama tidak disertakan dalam imej terbabit.
00:38SLB berkata pihaknya mengaku betapa pentingnya jalur gemilang sebagai lambang identiti, warisan dan perpaduan Malaysia.
00:45Menurut SLB, sememangnya ia bukan niat mereka sama sekali untuk tidak menghormati atau merendahkan simbol kebangsaan yang penting ini.
00:53Jelas SLB, pihaknya amat menyesali kesilapan tidak disengajakan yang berlaku ketika proses kreatif dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesilapan terbabit.
01:04Pihaknya juga telah maklumkan telah mengeluarkan video berkenaan.
01:07Pada masa yang sama, menurut SLB, pihaknya amat berterima kasih kepada mereka yang menyampaikan maklumat terbabit dan akan mengambil iktibar daripada kesilapan berkenaan.