Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata banyak NGO tidak memahami isu sebenar mengenai Kampung Sungai Baru, justeru beliau akan melakukan sidang media khas pada minggu hadapan di Kampung Baru.
Transcript
00:00Isu membabitkan kampung sungai baru di kampung baru Kuala Lumpur semakin kompleks.
00:05Ini kerana dakwa ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani masih ramai yang tidak memahami keadaan sebenar
00:13termasuk pertubuhan bukan kerajaan atau NGO walaupun isu pembangunan sudah lama berlarutan.
00:20Malah beliau sudah mengingatkan penduduk di kampung sungai baru supaya tidak menandatangani sebarang perjanjian.
00:25Sebab saya cukup faham pasal saya pada mula-mula dulu waktu saya penggal pertama jadi wakil rakyat sebelum dicutikan
00:34saya dah pesan dengan orang-orang baru jangan sign agreement tu tapi dia orang nak sign.
00:40Jadi saya nak explain sekarang ni daripada mula sampai akhir.
00:44Boleh tunggu lah? Tunggu depan nanti kita bagi. Secepat mungkin minggu depan saya panggil semua.
00:48Okey? Minggu depan saya panggil. Okey? Minggu depan baru.
00:51Okey? Minggu depan baru.
00:52Justeru satu sidang media khas akan diadakan pada minggu hadapan untuk menjelaskan isu tersebut di kampung baru.
01:02Beliau berkata demikian ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Kementerian Perladangan dan Komoditi dan Parlimen Titiwangsa.
01:10Projek pembangunan kampung sungai baru melibatkan 382 unit membabitkan 64 lot teras dan 264 unit flat.
01:18Sebelum ini media melaporkan polemik timbul susulan tuntutan ada kumpulan penduduk asal yang tidak berpuas hati dengan pampasan yang diperoleh.
01:30Terima kasih kerana menonton!
01:31Terima kasih kerana menonton!

Recommended