Selepas melalui perjalanan panjang dari Argentina, Pupy seekor gajah Afrika memulakan kehidupan baru di sebuah lokasi perlindungan gajah di Brazil.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Selepas melalui perjalanan panjang dari Argentina, papi seekor gajah Afrika memulakan kehidupan baru di sebuah lokasi pelindungan gajah di Brazil.
00:09Papi yang memulakan perjalanan pada Isnin lalu dan tiba pada Jumaat telah ditempatkan di Eco Park, Buenos Aires.
00:15Papi turut ditemani penjaga untuk menjaga keselamatannya termasuk keselamatan sekitar.
00:21Gajah Rusia sekitar 35 tahun itu menjalani tempoh kuarantin dan latihan di Eco Park untuk dilatih agar tidak tertekan sebelum memulakan perjalanan ke lokasi pelindungan gajah tropika seluas 2,800 ekor di Brazil.
00:37Pengarah dan ahli biologi di Elephant Sanctuary Brazil, Daniel Mora memaklumkan ketika tiba di tempat pelindungan pada Jumaat,
00:45papi mengambil masa 9 jam sebelum melangkah keluar dari kotak pengangkutan seterusnya masuk ke kawasan lokasi pelindungan.
00:53Pada masa ini, lokasi itu menempatkan 5 ekor gajah Asia.
00:56Papi spesies gajah Afrika tidak akan berkongsi ruang dengan gajah-gajah ini kerana perbezaan semula jadi.