Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 3 days ago
Larangan penggunaan beg plastik sekali guna diperluas ke kawasan Hutan Simpan, Taman Negara, Taman Laut, dan Tapak Warisan Geologi di seluruh negara untuk mengurangkan pencemaran plastik.
Transcript
00:00Larangan penggunaan beg plastik jinjit sekali guna akan diperluas ke kawasan hutan simpan, taman negara dan negeri, taman laut serta tapak warisan geologi dan geotapak di seluruh negara sebagai langkah proaktif mengurangkan pencemaran plastik.
00:16Langkah itu diputuskan dalam Mesyuarat Menteri Alam Sekitar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab mengenai Alam Sekitar, Bilangan 1 Tahun 2025 pada Khamis.
00:27Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelas Terian Alam, Nik Nazminik Ahmad, larangan sama turut dikenakan di premis tetap seperti Pasaraya, Kedai Subarneka, Restoran Makanan Segera, Farmasi dan lain-lain premis berkaitan.
00:40Jelasnya, kaedah pelaksanaan akan diperhalusi dan disesuaikan mengikut keperluan dan kemampuan negeri masing-masing.
00:47Usaha ini adalah sebahagian daripada pendekatan mendidik masyarakat mengenai pentingnya penggunaan bahan mesyuarat alam demi kesejahteraan generasi akan datang.
00:54Mesyuarat Meksiko dipengerusikan Nik Nazmin menghimpulkan tujuh ahli mesyuarat kerajaan negeri yang memegang portfolio alam sekitar serta pegawai dari pelbagai kementerian dan agensi berkaitan.
01:03Dalam perkembangan berkaitan, mesyuarat itu turut bersetuju mempukul keusahaan sama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam membanteras pemprosesan sisa elektrik dan elektronik e-waste secara haram.

Recommended