Mahkamah Rayuan pada Khamis menetapkan tarikh lain iaitu pada 24 April hadapan bagi pengurusan kes rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bagi mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00dan kes ini akan dibuat pada minggu depan untuk ditetapkan tarikh bagi keputusan rayuan.
00:09Cuma tadi kita dah dengar hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak pembelaan.
00:15Saya nak rumuskan semudah yang mungkin.
00:18Pertama sekali bagi pengeluaran dana armada berjumlah RM1 juta,
00:23yang jelas tidak ada satu sen pun diambil oleh saya pergi ke akaun saya
00:28atau dibelanjakan untuk tujuan peribadi tetapi dibelanjakan bagi program-program kebajikan parti.
00:35Dan bagi charge kedua, ketiga dan keempat di mana ada kata bahawa RM120,000 masuk ke akaun saya
00:43dan selepas itu RM100,000 masuk ke akaun ASB.
00:45Tadi kita sendiri sudah dengar bahawa sebelum fundraising dinner itu dibuat pun
00:50sudah ada pengeluaran duit saya sendiri daripada ASB akaun saya
00:55untuk tujuan perbelanjaan kampen dan pada masa yang sama dengan bukti-bukti risik yang jelas
01:01bahawa saya telahpun membelanjakan melangkaui RM170,000
01:05melebihi RM120,000 yang telahpun kita berjaya fund raise.
01:10Itu ringkas sajalah tetapi akhirnya sebagai salah seorang yang menghormati sistem perundangan negara
01:16kita meletakkan kepercayaan di atas institusi kehakiman dan hakim-hakim
01:22yang tadi sudah mendengar rayuan kami.