Perintah reman selama lima hari sehingga 20 April 2025 telah dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis selepas SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, pagi tadi.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Seramai 14 individu termasuk 3 wanita di Rehman 5 hari bermula Rabu
00:05bagi membantui siasatan kes mengemukakan borang daftar kelahiran palsu.
00:10Magistret Amira Mastura Kamis mengeluarkan perintah Rehman hingga 20 April
00:14terhadap kesemua suspek selepas menerima permohonan daripada
00:19Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.
00:22Menurut sumber, kesemua suspek yang berumur antara 28 hingga 49 tahun itu disiasat
00:30kerana disyaki membuat permohonan kad pengenalan dan sijil kelahiran anak
00:34kepada Jabatan Pendaftaran Negara JPN yang mengandungi butiran palsu.
00:39Mereka disyaki melakukan perbuatan tersebut bagi pengesahan kelahiran bayi-bayi
00:44sedangkan tiada rekod kelahiran bayi-bayi tersebut di hospital-hospital yang terlibat.
00:49Perbuatan itu dilakukan mereka antara 2015 hingga 2023.
00:55Sementara itu, pengarah SPRM Selangor Hairuzam Mohamad Amin Elayas Hamim
01:00ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
01:03Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.