Polis Selangor mendedahkan seorang pengurus syarikat mengalami kerugian sejumlah RM2.65 juta akibat terperdaya dengan satu pelaburan tidak wujud.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM2.65 juta selepas terperdaya dengan tawaran pelaburan tidak wujud yang diiklankan di media sosial.
00:11Ketua Polis Lango, Datuk Husin Omar Han berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial JSJK Selangor menerima satu laporan berhubung kes tersebut daripada mangsa seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun.
00:23Katanya siasatan awal mendapati mangsa melihat iklan pelaburan di aplikasi Facebook yang mempromosikan satu platform pelaburan dikenali sebagai BAT.com.
00:34Mangsa kemudian menekan pautan iklan tersebut dan disambungkan ke aplikasi WhatsApp sebelum berhubung dengan individu dikenali sebagai Wendy Lim, kononnya seorang tenaga pengajar pelaburan.
00:46Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp dan mengikuti skim pelaburan itu selama kira-kira dua bulan.
00:53Menurut Husin, mangsa kemudian diarah mendaftar sebagai pelabur baharu di platform lain.
00:59Pada peringkat awal, mangsa menerima pulangan sebanyak RM100,000 yang menyebabkan beliau yakin dengan skim pelaburan tersebut.
01:07Terperdaya, mangsa membuat 44 transaksi ke dalam 9 akaun bank berbeza.
01:14Tambah beliau selepas semua transaksi dibuat, mangsa mendapati keuntungan hampir RM8 juta dipaparkan di platform tersebut.
01:21Namun apabila ingin membuat pengeluaran, mangsa diminta untuk membayar pelbagai jenis cukai.
01:28Mangsa mula menyedari dirinya ditipu dan mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM2.65 juta.
01:35Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Kesiksaan.
01:39Terima kasih telah menonton!