Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Syarikat besar perlu menyokong usaha negara mencapai sasaran 70 peratus tenaga boleh diperbaharui menjelang 2050.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia boleh dimulakan dengan amalan kelestarian alam sekitar menerusi peningkatan pengunaan tenaga solar.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Syarikat besar perlu menyokong usaha negara mencapai sasaran 70% tenaga boleh diperbaharui menjelang 2050.
00:08Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata,
00:12ia boleh dimulakan dengan amalan Kelestarian Alam Sekitar menerusi peningkatan penggunaan tenaga solar.
00:18Kita selalu fokus pada tindakan individu.
00:22Sebagai mana kita lah, sebagai individu kita, keluarga kita, anak kita dan sebagainya itu penting.
00:26tetapi sebenarnya dua pemain besar untuk Kelestarian yang kita tak boleh nafikan ialah pertama kerajaan
00:34kerana kita kena datang dengan dasar-dasar, sebagaimana saya sebut NEDR, penyasaran subsidi dan sebagainya.
00:40Kemudian pemain besar juga ialah pihak korporat.
00:44Tapi going beyond insentif, sebagaimana saya sebut tadi,
00:48bila kita dah ada penyasaran semula subsidi dan dengan teknologi baru, contohnya solar.
00:52Solar dulu panel ni mahal, tenaga elektrik murah.
00:57Jadi tak berbaloi nak pasang solar.
00:59Kalau pasang pun mungkin kena tunggu tujuh-lapan tahun baru dapat balik modal.
01:02Tapi sekarang bila tarif dah naik dan juga panel solar semakin rendah,
01:07sekitar tiga hingga lima tahun dah boleh dapat balik modal pelaburan
01:10yang orang tu buat dalam pemasangan panel solar lah.
01:13Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas meninjau pemasangan
01:172,668 panel solar di IKEA Damansara pada selasa.
01:22Ia meliputi kawasan bumbung hampir 12,000 meter persegi di premisi tu
01:26dengan mengurangkan pelepasan karbon sehingga 1,330 metrik ton setahun
01:31dan menjimatkan kos operasi 1 juta ringgit setahun.
01:36IKEA Malaysia kini mempunyai 20,437 panel solar
01:41yang dipasang di semua gedung seluruh negara
01:43menjadikan penjanaan tenaga boleh diperbaharui
01:46mencecah 6.3 megawatt jam setahun.

Recommended