KBS memperkenalkan lima SOP baharu untuk konsert EDM bagi membanteras penyalahgunaan dadah dan memastikan keselamatan belia, termasuk 'Hydration Point', pasukan perubatan, mesej bahaya dadah, hospital siap siaga, dan unit anjing pengesan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kementerian Belia dan Sukan KBS memperkenalkan 5 prosedur operasi standar SOP baru penganjuran konsert khususnya bagi muzik tari elektronik EDM.
00:10Menteri Belia dan Sukan Hanayoh berkata usaha dengan kerjasama strategik bersama Kementerian Dalam Negeri KDN dan Kementerian Kesihatan KKM itu adalah sebagai langkah proaktif dalam membantras penyalahgunaan dadah dalam kalangan Belia selain memastikan aktiviti hiburan berlangsung dalam persekitaran yang selamat.
00:30Belia berkata SOP berkenaan adalah mewujudkan hydration point bagi mengatasi keadaan dehydrasi, menyediakan persekitaran perubatan untuk kes kecemasan serta trailer mesej sama ada poster atau video mengenai bahaya dadah dan tidakkan yang perlu dilakukan oleh orang terdekat semasa berlakunya kecemasan.
00:46Selain itu, hospital berdekatan perlu siap-siaga untuk mengendalikan mangsa sekiranya berlaku insiden semasa konsert dan penempatan unit anjing pengesan bagi kawalan keselamatan.
00:54Jelasnya penambahbaikan SOP penganjuran konsert ini merupakan tindakan baharu yang disyaratkan kepada penganjur konsert EDM terutama melibatkan fasiliti milik KBS seperti Perbadanan Stadium Malaysia dan Lita Antarabangsa Sepang.
01:06Hena berkata menerusi penambahbaikan SOP berkenaan, Lita Antarabangsa Sepang dan Perbadanan Stadium Malaysia akan berkongsi jadual konsert bulanan mereka dengan Polis Diraja Malaysia, KKM dan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan.
01:19Beliau turut menggalakkan semua penganjur konsert dan acara di fasiliti bukan milik KBS untuk menggunapakai SOP berkenaan bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan belia dan pengunjung.