Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin dari ECOFI, Universiti Utara Malaysia, membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada penyederhanaan pertumbuhan KDNK Malaysia pada suku pertama 2025 dan ramalan untuk suku seterusnya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, untuk waktu ini kita nak terus sahaja meneliti berkenaan dengan KDNK dan juga bagaimana Malaysia harus bersedia menghadapi tekanan ini.
00:09Jadi bersama dengan saya secara dalam talian ketika ini, Prof. Mahdiah, Dr. Irwan Syah Zainal Abidin, Fellow Bersekutu Kanan Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan Universiti Utara Malaysia.
00:18Dr. Irwan pertama sekali kalau kita telitikan anggaran awalan yang dikeluarkan oleh dosen pertumbuhan KDNK suku pertama jangkaannya lebih perlahan kepada 4.4%.
00:30Walaupun ianya masih lagi mengembang tetapi ianya dibandingkan dengan suku year on year tahun lepas juga agak rendah sedikit.
00:39Dan ini merupakan kadar paling perlahan dalam tempoh setahun dan jatuh di bawah jangkaan kata forensis.
00:45Dan apa sebenarnya faktor domestik dan juga luaran utama yang menyumbang kepada penyederhanaan ini?
00:52Dan adakah doktor menjangkakan aliran ini mungkin berterusan ke suku yang seterusnya?
01:00Kita melihat pertumbuhan pada kadar yang berkurangan ini sejak suku kedua tahun 2024.
01:12Ada banyak faktor yang kita boleh lihat di sini.
01:15Tapi saya fikir apa yang telahpun kita lihat bahawa sememangnya pada suku pertama itu adanya satu momentum yang perlahanlah dan juga kita boleh lihat pada suku pertama pada tahun lepas.
01:30Namun begitu saya percaya bahawa ada beberapa faktor penting yang menyebabkan ini berlaku.
01:38Pertama kita tahu bahawa keadaan permulaan yang tidak menentu akibat daripada kemenangan Presiden Donald Trump.
01:51Saya fikir itu memberikan juga kesanlah impak kepada prestasi ekonomi negara.
01:59Dan kita tahu bahawa anggaran awal ini hanyalah data pada bulan Januari dan Februari.
02:06Jadi Januari dan juga Februari untuk tahun inilah.
02:12Jadi kita belum lagi nampak impak sepenuhnya apabila semasa Liberation Day, reciprocal tarif yang diumumkan pada 2 April.
02:24Walaupun kita tahu ada penangguhan 90 hari semua tapi itu semua kita akan lihat impaknya pada suku kedua.
02:32Jadi saya berpendapat juga di sini 4.4% ini bagi saya adalah satu data yang tidak begitu mengejutkan.
02:44Cumanya kerisauan saya adalah bila kita melihat pertumbuhan suku pertama berbentuk sukuan.
02:53Kita kena faham bahawa 4.4% anggaran awal ini adalah data pertumbuhan ekonomi suku pertama tahun ini berbanding dengan suku pertama tahun lepas.
03:05Saya fikir kita akan melihat data yang lebih agak membimbangkan apabila kita melihat pertumbuhan suku pertama tahun ini berbanding dengan suku yang sebelumnya iaitu suku keempat tahun 2024.
03:22Dr. Irwan saya nak bawa perbincangan kita moving forward menuju ke hadapan kerana ya berbaki maksudnya kita menunggu angka rasmi untuk Mac dan juga keseruhan jadi kita boleh dapat angka rasmi untuk suku pertama 2025 ini.
03:39Okey itu satu perkara tetapi moving forward ini antara ramai kegelisahan ataupun apa yang dibimbangi oleh rakyat antaranya selain daripada faktor luaran yang ramai membincangkan seperti tarif oleh Amerika Syarikat dan juga perang dagang yang semakin memunca antara Amerika Syarikat dan juga China akan mungkin juga kos-kos input perniagaan juga akan semakin meningkat selepas ini.
04:04Tetapi antara kebimbangan adalah dari segi inflasi ya mungkin susulan daripada perang tarif itu tetapi juga mungkin ada faktor-faktor lain seperti hasrat pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api RON95.
04:18Adakah ini antara perkara-perkara yang boleh disifatkan perkara yang dibimbangi rakyat pada ketika ini terutama kalau kita bercakap soal pendapatan perbelanjaan rakyat itu?
04:30Betul. Memang ini adalah antara perkara yang dibimbangi kerana kalau kita lihat laporan tahunan Bank Negara Malaysia pun jelas menunjukkan bahawa kadar pertumbuhan upah yang stagnan dan juga meningkat pada kadar yang kita kata berkurangan berbanding dengan peningkatan dalam harga barangan.
04:56Jadi apa yang disebutkan oleh Haris tadi berkenan dengan pelaksanaan subsidi bersasar RON95 memang akan menjadi kebimbangan rakyat dan juga kita tahu inflasi import juga dijangka akan menekan rakyat jika resiprokel tarif itu diteruskan.
05:22Tapi kita kena faham walaupun kalaupun resiprokel tarif itu mungkin dari segi perbincangan itu kita mendapat faedah.
05:32Tapi kita kena tahu across the board 10% sudah naik. Jadi ini memang sudah akan menaikkan harga barangan secara keseluruhan dari segi inflasi importnya.
05:43Jadi pelbagai juga isu-isu domestik lah seperti pelaksanaan apa itu dari segi tarif elektrik, begitu juga dari segi pengembangan pelaksanaan SST juga saya fikir menjadi kebimbangan ataupun keresahan rakyat moving forward.
06:02Namun begitu saya percaya bahawa kerajaan meneliti keadaan ini dan kalau mengikut apa yang kita bincangkan pada hari ini, saya fikir isu utamanya adalah dari segi unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun inilah.
06:19sebab 4.4% ini memang kita tahu bahawa di bawah unjuran Bank Negara Malaysia iaitu 4.5% ke 5.5%. Jadi saya fikir dari segi unjuran ekonomi itu, saya percaya seperti juga yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, perlu dilihat semula mengambil kira keadaan semasa.
06:43Baik. Doktor, bagaimana pula kita nak meneliti dari segi mungkin satu perkara pasukan yang melaksanakan ataupun yang nak pergi negosiasi dengan wakil AS itu satu perkara.
06:57Kita tunggu apa keputusannya. Tetapi apa yang paling penting adalah, doktor, bagaimana kita nak meneliti dari segi apa yang boleh dilakukan kerajaan dalam pada ketika ini.
07:06Sebagai contoh, mungkin perlu sum adjustment, membuat sedikit perubahan dasar fiskal. Mungkin Bank Negara juga perlu menelitikan dasar monetari.
07:15Ramai juga bimbang, eh bagaimana kalau inflation US naik, fat rate naik, adakah OPR kita juga akan naik. Jadi banyak perkara-perkara yang perlu diteliti.
07:24Bagaimana dua perkara ini, dasar fiskal dan monetari, perlu digabung jalin dalam nak memastikan bahawa rakyat sentiasa terbela dan tidak rasa tertentu.
07:33Perang dan kedua kuasa besar ini, Prof?
07:39Jadi sebab itu penting untuk kita mengukuhkan ekonomi domestik kita.
07:44Sebab selain daripada mempelbagaikan dari segi pasaran ekspor kita, saya fikir kita boleh mengukuhkan ekonomi domestik kita.
07:58Seperti juga yang disebutkan tadi, dasar fiskal dan dasar monetari memainkan peranan.
08:02Tetapi, pelaksanaan dasar-dasar ataupun pelan-pelan yang telahpun dilajarkan itu, saya fikir perlu dilihat dan dirujuk semula.
08:15Misalnya, dari segi sasaran pertumbuhan ekonomi dalam kerangka ekonomi madani itu, pun juga saya fikir kita perlu lihat dan mungkin menilai semula.
08:27Kerana kita tahu bahawa dasar ekonomi madani melalui dasar NIMP 2030 dan sebagainya itu, sasaran itu sehingga 2030.
08:41Jadi ini adalah masa Trump, petabiran dasar-petabiran Trump.
08:45Jadi saya fikir di sana kita perlu buat adjustment dan selepas itu, dasar-dasar yang lebih spesifik yang mengusus kepada pemerkasaan kebajikan rakyat,
09:01reformasi struktur seperti reformasi perlindungan sosial.
09:06Saya fikir perlu difikirkan dan kerajaan juga perlu melihat dari segi bagaimana dari segi hasil,
09:15jangkaan hasil yang juga kemungkinan akan mengalami pengurangan akibat daripada contohnya perkara-perkara yang akan dikurangkan dari segi tarif.
09:26Jadi dari segi sistem percukaian yang saya fikir lebih menyuruh juga boleh difikirkan.
09:33Kerana sekarang kita pun tahu, Haris, dari segi kita punya skop percukaian itu memang masih lagi sangat kecil lah berbanding dengan negara-negara luar.
09:42Jadi pelbagai saya fikir reformasi-reformasi yang berbentuk domestik yang kita boleh lakukan untuk memastikan bahawa ekonomi kita
09:49lebih resilient untuk mendepani cabaran global yang semakin tidak menentu ini.
09:57Betul, Doktor. Dan juga kita faham perubahan polisi yang tidak konsisten oleh Amerika Syarikat itu juga sedikit sebanyak menjejaskan pembuat dasar.
10:06Bukan sahaja Malaysia, bukan eksklusif untuk Malaysia, malah global sebenarnya pemimpin-pemimpin negara memikirkan apa bentuk dasar
10:14dan juga perubahan polisi yang boleh disesuaikan tak kala perubahan yang seringkali dilakukan oleh Amerika Syarikat.
10:22Tetapi, Doktor, mungkin soalan terakhir saya melihat kepada sektor, sektoral, pembuatan dan juga perkhidmatan yang dilihat sebagai pemacu pertumbuhan utama ini.
10:31Tapi kedua-dua sektor ini menyaksikan pertumbuhan lebih perlahan lah kalau kita nak bandingkan suku sebelumnya.
10:36Namun, bagaimana pandangan Doktor melihat dari segi kesediaan dan juga kebergantungan Malaysia kepada ekspor ini?
10:46Kerana ini akhirnya akan memberi impor inflation yang begitu tinggi dan mungkin juga bagaimana orang akan melihat bahawa dumping akan berlaku.
10:56Produk-produk Cina yang tidak masuk ke pasaran Amerika Syarikat akan mula dialihkan ke negara-negara lain termasuk juga Malaysia.
11:05Bagaimana Doktor meliti perkara ini?
11:06Memang ini perkara yang saya fikir kompleks dan memang inilah perkara yang saya fikir persoalan yang perlu difikirkan pada ketika ini.
11:19Namun, saya tetap melihat bahawa perubahan tidak boleh berlaku dalam masa singkat.
11:28Jadi, bagi saya, kita sebagai negara ekonomi yang kecil dan terbuka, saya masih lagi perlu bergantung kepada perdagangan antarabangsa, ekspor luar.
11:38Tapi, macam saya sebutkan tadilah, melalui ASEAN, kita boleh memperdalamkan lagi pasaran-pasaran ekspor kita dengan menggunakan blok-blok ekonomi perjanjian-perjanjian multilateral yang sudah pun ada.
11:58Tapi, kita juga perlu memperkukuhkan dari segi selain daripada sektor perikmatan dan juga sektor pembuatan ataupun perkilangan, kita juga boleh memfokus kepada sektor pertanian kita.
12:11kerana saya fikir dari segi sekuriti makanan itu penting bukan sahaja untuk meningkatkan KDNK lah.
12:19Jadi, saya fikir mungkin tidak perlu sangat kita fikirkan nak memacu KDNK ni, tetapi menjaga kebajikan masyarakat, rakyat dan juga yang penting sekali ialah perkara penting seperti makanan itu perlu pastikan bahawa bekalannya mencukupi di masa keadaan geting seperti inilah.

Recommended