Satu pendedahan dilakukan bekas pegawai penyiasat kanan jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, ASP Mohd Hafizee Ismail yang berkata terdapat kesan darah di bilik dan dalam bilik air rumah Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin.
Perkara itu didedahkan kepada Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.
Perkara itu didedahkan kepada Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Mahkamah Session Petaling Jaya pada Isnin diberitahu terdapat kesan darah di dalam bilik dan bilik air rumah Alia Raham Zain Ryan, Abdul Martin.
00:08Pendedahan itu dilakukan semasa pasukan forensik melakukan proses luminal atau mendapatkan tindak balas kesan darah di rumah kanak-kanak autistik itu di Apartment Idaman Damansara Damai dua tahun lalu.
00:20Bekas pegawai penyiasat kanan jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Petaling Jaya, ASP Mohd Hafizie Ismail berkata proses dilakukan pada 9.30 malam 9 Disember 2023.
00:34Ketika itu, beliau bersama pasukan forensik turut melakukan proses sama di beberapa rumah dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
00:40Mohd Hafizie berkata hasil siasatan mendapati terdapat kesan darah di bilik di rumah si mati selain ada kesan darah atau DNA di dalam bilik air berkenaan.
00:51Katanya beliau ada merakam percakapan Ibu Zain Ryan, Ismanira, yang menyatakan si mati pernah berdarah di bahagian hidung.
00:58Uja Ismanira kebiasaannya Zain Ryan akan mencalit kesan hingus atau hidung yang berdarah di kawasan dinding rumah.
01:05Selain itu, dakwa Ismanira anaknya pernah berdarah disebabkan terkena pisau cukur di dalam bilik air.
01:13Bagaimanapun kata Mohd Hafizie DNA atau darah ditemui dalam bilik air tersebut adalah milik bapa arwah kanak-kanak itu, Zain Mikwan, berdasarkan laporan kimia.
01:24Kedua ibu bapa Zain Ryan sebelum ini didakwa mengabaikan anak mereka yang ditemukan di aliran anak sungai berhampiran rumahnya pada 6 Disember 2023.
01:32Perbicaraan bersambung dua petang selasa.