Ketua Penerangan Umno Sabah, Datuk Suhaimi Nasir menegaskan bahawa senario politik hari ini cukup dinamik khususnya dalam soal mengambil kira yang lebih baik daripada paling terbaik.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Tiada yang mustahil dalam dunia politik, ia termasuklah kemungkinan kerjasama melibatkan Barisan Nasional BN Sabah, Pakatan Harapan PH dan Gabungan Rakyat Sabah GRS bagi menghadapi pilihan raya negeri PRN ke-17.
00:14Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimin Nasir berpendapat, jika itu jadi realitinya satu perkembangan positif untuk landscape politik negeri itu.
00:23Sebenarnya bagi saya, politik hari ini cukup dinamik dan sekiranya itu berlaku antara gabungan BNPH dan GRS itu bukan suatu perkara yang mustahil tetapi semua yang boleh dikatakan adalah yang lebih baik daripada yang paling baik.
00:43Suhaimin berkata demikian, semasa ditemui dalam Majlis Riang Ria Hari Raya Aidilfitri, Anjuran Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Sandakan dan Pusat Aktiviti Warga Emas, Ilopura pada Ahad.
00:5813 April lalu, media melaporkan Pengurusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seribong Mokhtar Radin, mengumumkan parti itu akan bergabung dengan PH bagi menghadapi PRN Sabah yang dijadualkan tahun ini.
01:09Bom Mokhtar yang juga Pengurusi Barisan Nasional Sabah berkata, keputusan itu dimuktamadkan bagi menjawab persoalan pelbagai pihak mengenai siapakah rakan kerjasama UMNO bagi menghadapi PRN.
01:21Bagaimanapun, sehari kemudian, Siti Usaha Agung DAP Anthony Loke berkata, sebarang bentuk kerjasama antara PH bersama BN bagi menghadapi PRN Sabah pada tahun ini akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
01:33Jelasnya perkara berkenaan akan diputuskan dalam mesyuarat rasmi melibatkan parti-parti di dalam gabungan itu nanti.
01:39Terima kasih telah menonton!