Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 3 days ago
'Ikan jerung' dalam radar JSJN banteras pengedaran dadah

Polis akan terus memburu 'ikan jerung' serta dalang utama melibatkan sindiket pengedaran dadah di negara ini, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnualif Mohd Zoki.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che berkata, walaupun terdapat pelbagai cabaran, pihaknya berusaha keras mengenal pasti dalang utama sindiket dadah dan mengheret mereka yang terlibat ini ke muka pengadilan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723684/berita/semasa/ikan-jerung-dalam-radar-jsjn-banteras-pengedaran-dadah

#SinarHarian #BeritaSemasa #kesdadah #PDRM
Transcript
00:00Kita percaya seperti operasi kita yang lepas-lepas bahawa akan ada mastermind yang sedang kita buru kali ini
00:08kerana seperti janji dan juga matlamat pihak Nampati Bukit Aman untuk kita menangkap mastermind ataupun jerung-jerung
00:18yang cuba untuk menjadikan negara kita adalah negara transit
00:24dan dadah ini adalah selain untuk pasaran tempatan, dadah ini juga adalah untuk pasaran Indonesia dan juga untuk pasaran Hong Kong
00:34Kenapa Malaysia dijadikan oleh sedikit sebagai tempat untuk transit?
00:43Kerana pertama sekali adalah kedudukan negara kita yang agak strategik dari segi geografi dan juga topografi
00:51kita dikelilingi oleh laut yang dalam dan berhampiran dengan negara-negara jiran
00:57itu faktor yang utama
00:59yang kedua sebab negara kita ini mempunyai image yang baik di mata dunia
01:04yang mana sekiranya dadah ini dihantar terus daripada Golden Triangle
01:12ataupun negara seperti Myanmar, Laos, Thailand
01:15pihak negara luar ataupun kau tempat sana akan memeriksa secara detail
01:21tetapi kalau konsimen daripada negara kita, mereka tidaklah sedetail mungkin
01:28jadi itulah salah satu ataupun antara sebab-sebab negara kita dijadikan oleh sendikit-sendikit ini sebagai negara transit
01:36percaya berkaitan dengan kemudahan untuk berkomunikasi
01:43sebab kita boleh berkomunikasi dalam English, dalam bahasa Mandarin dan sebagainya
01:53ini memudahkan sedikit-sedikit
01:55Terima kasih

Recommended