Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 3 days ago
Pengurus tapak didakwa libas lelaki dengan parang di pusat beli-belah

Individu yang videonya tular melibas seorang lelaki dengan parang di sebuah pusat beli-belah di Seremban Gateway Isnin lalu didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh, R Suresh Khanna, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Tertuduh yang bekerja sebagai pengurus tpaka itu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723585/berita/semasa/pengurus-tapak-didakwa-libas-lelaki-dengan-parang-di-pusat-beli-belah

#SinarHarian #BeritaSemasa #libasgunaparang #mahkamah #Seremban
Transcript
00:00Individu yang videonya tula melibas seorang lelaki dengan parang di sebuah pusat beli belah di Seremban Gateway Isnin lalu didakwa di Mahkamah Sersen Seremban pada Jumat.
00:10Tertuduh R. Sureshkana, 47 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan hakim, Datin Suritah Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.
00:19Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada seorang lelaki berusia 40 tahun dengan menggunakan sebilah parang.
00:28Kesalahan itu dilakukan pada 14 April 2025, kira-kira jam 8.10 malam di tingkat 1 sebuah kedai telekomunikasi di Seremban Gateway, off Jalan Sungai Ujung, Seremban.
00:40Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
00:46Mahkamah menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu saksi pendakwaan serta mangsa sehingga kes selesai dan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan termasuk menyerahkan pasport sekiranya ada.

Recommended