Ranting Hati jadi tempat jemaah luah perasaan

  • 13 hari lalu
Ranting Hati jadi tempat jemaah luah perasaan

BERITA SEMASA 21 MEI 2024

Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) membuat satu inisiatif baharu untuk mendekatkan diri dengan jemaah haji Malaysia menerusi kaedah penulisan Ranting Hati, lapor wartawan Sinar Harian, Riswandi Razak.

Kaunselor Mohd Najib Harun berkata, ‘pohon’ Ranting Hati ini merupakan tempat jemaah haji meluah perasaan sepanjang menunaikan ibadat di Tanah Suci Makkah menerusi kaedah penulisan.

Menurutnya, kaedah seumpama itu diwujudkan buat pertama kalinya dan mekanisme seperti ini tidak menggunakan kaunselor sebaliknya melibatkan jemaah dengan jemaah yang lain.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665841/berita/nasional/ranting-hati-jadi-tempat-jemaah-luah-perasaan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Haji #ArabSaudi #RantingHati #JemaahHaji #Haji