Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard

  • 13 hari lalu
Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard

BERITA SEMASA 20 MEI 2024

Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada Isnin, mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Che'gu Bard, daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berhubung kes kasino di Forest City, Iskandar Puteri, yang dihadapinya, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Hakim, Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonan perintah larangan itu.

Abu Bakar memutuskan demikian selepas mendapati perintah yang ditolak hakim Mahkamah Sesyen itu gagal menimbangkan keseluruhan senario kes membabitkan responden.

Katanya, responden telah pun dituduh atas dua kesalahan yang berasingan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membabitkan kes hasutan dan fitnah terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665696/berita/semasa/mahkamah-keluar-perintah-larangan-bersuara-terhadap-chegu-bard

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #laranganbersuaracheguBard #isukeskasinoforestcity #CheguBard