Anak kepada Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah ini seorang yang pemalu, namun mudah mesra orangnya

  • 11 hari lalu
Anak kepada Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah ini seorang yang pemalu, namun mudah mesra orangnya.

Baharu sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Zaki Yamani kini mahu fokus sebagai penyanyi sekali gus mengikut jejak ayahnya.

Pun demikian, tuan punya badan enggan dibayangi dengan kejayaan yang sudah direntas bapanya itu. Sebaliknya, beliau mahu berusaha sendiri.

Kejayaan merangkul juara dalam pertandingan Famili Duo yang diraih bersama abang tersayang, Osama Yamani ibarat pembuka jalan untuk mereka terus memburu kejayaan dalam industri seni.

Peluang menjadikan beliau penghias muka depan SinarPlus membolehkan penulis merakamkan sisi Zaki yang tidak diketahui ramai.

Apakah hadiah daripada peminat yang cukup bermakna buat dirinya?

Kenapa beliau menyimpan bantal buaya dan menamakannya sebagai Ahmad?

Dengarkan juga jawapan empunya diri apabila ada yang membandingkan beliau dengan ayahnya.

Selain itu, Zaki turut membuka rahsia tabiatnya yang tidak boleh tinggal sejak dahulu lagi.

Segala-galanya ada dalam video yang dikongsikan ini.

Banyak lagi kisah menarik yang beliau dedahkan kepada penulis. Anda boleh
baca sinarplus.sinarharian.com.my.

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube, TikTok dan Threads SinarPlus.

Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi.

#coversinarplus #zakiyamani #selebriti #penyanyi #anakmak #kasihsayang #ibuanak #SinarPlus #lifestylesinarharian

Personaliti: AHMAD ZAKI YAMANI JAMAL UBAIDILLAH (@zakiyamani_)
Teks/ video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)