AWANI Pagi: Kanak-kanak dan gajet: Apa impaknya?

  • 2 tahun lalu
Ketika pelaksanaan pkp sejak Mac lalu, beralih ke PKP bersyarat, pemulihan bukan saja beri kesan kepada ekonomi, namun tahap kesihatan juga perlu diperhatikan.
Sebelum ini kita banyak membawakan isu mengenai kecergasan yang kurang apabila tidak boleh melakukan aktivit luar, dan kesihatan mental - ramai stress kerana hanya duduk di rumah saja.
Bukan sahaja melihat kepada golongan dewasa, kita juga ingin tumpukan kepada golongan kanak-kanak ini.
Susulan mereka tidak digalakkan membuat aktiviti luar, pilhan yang mereka ada adalah membuat aktiviti dalam rumah - iaitu penggunaan gajet dan 'screen time' menjadi aktivit utama mereka.
Kita ingin melihat, kesan penggunaan gajet ini terhadap kesihatan mereka.
Begitu juga bagaimana ia mungkin sedikit sebanyak rencatkan pertumbuhan dan impaknya kepada sosial.
Untuk itu kita bawakan Dr Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzil, Pakar Pediatrik & Ahli Panel Doktorbudak.Com