Negara anggota NATO adakan latihan ketenteraan di Bulgaria

  • 8 bulan lalu
Anggota tentera Bulgaria mengadakan latihan ketenteraan bersama enam negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di lapang sasar Novo Selo pada Selasa.

Latihan itu diadakan bagi meningkatkan tahap pertahanan dan kerjasama antara negara anggota sekiranya berdepan dengan sebarang ancaman ataupun serangan.