Syarikat jamin lebih telus tentu kadar upah penghantar

  • 9 bulan lalu
Syarikat pengendali p-hailing telah memberikan komitmen untuk lebih telus, meneliti dan memperhalusi lebih lanjut pandangan golongan penghantar dalam penentuan dan pengiraan kadar upah bagi mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata komitmen itu disuarakan menerusi satu pertemuan dengan 24 syarikat pengendali perkhidmatan berkenaan, yang turut dihadiri lima wakil penghantar yang hadir bagi menyatakan pandangan dan mendengar maklum balas pihak syarikat.