Kekurangan Bekalan | Tiada pilihan, terpaksa naik harga makanan

  • tahun lalu
Isu kekurangan bekalan minyak masak peket dan telur masih belum menemui titik penyelesaian apabila bahan mentah itu masih sukar diperolehi.

Sudah lah susah dicari, harganya pula meningkat.

Rata-rata peniaga yang ditemui Astro Awani mengeluh kerana perniagaan mereka terganggu berikutan kekurangan bekalan itu di pasaran.

Tiada pilihan lain, mereka terpaksa memindahkan beban harga itu kepada pengguna.

Justeru, mereka berharap kerajaan agar bertindak segera bagi menyelesaikan bekalan barangan keperluan terutamanya telur dan minyak masak peket.