Tragedi Lemas | Mangsa sempat minta tolong, terkapai-kapai sebelum lemas

  • tahun lalu
Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an ditemukan lemas di sungai berhampiran Pandamaran Jaya, Klang, tengah hari Ahad.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 10.34 pagi daripada seorang individu yang memberitahu ternampak seorang lelaki terkapai-kapai meminta tolong sebelum tenggelam di sungai berkenaan.