Pertahanan ASEAN | Negara-negara ASEAN perlu bersatu, elak diperlekeh kuasa besar

  • 2 tahun lalu
Semua negara ASEAN perlu bersatu dalam memastikan isu keselamatan dan kestabilan serantau menjadi keutamaan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan itu supaya kekuatan ketenteraan negara rantau ASEAN tidak diperlekehkan oleh negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China.

Bagaimanapun, tegas beliau kerjasama dengan negara kuasa besar perlu diteruskan selain merintis hubungan dua hala yang boleh diterjemahkan dengan beberapa tindakan proaktif.

Disyorkan