Alif Ashraf dapat ‘sentuhan’ pelumba MotoGP, Moto3

  • 5 tahun lalu
PELUMBA Yamaha Motor Malaysia, Muhammad Alif Ashraf Tahiruddin, 17, menerima ‘sentuhan’ dua pelumba dunia semasa menjalani latihan di Tavullia, Itali, baru-baru ini.

Pelumba MotoGP, Franco Morbidelli dan pelumba Moto3, Andrea Migno berkongsi teknik-teknik senaman di gimnasium sebelum memberi tunjuk ajar dengan simulator lumba diikuti teknik lentur dan regangan Pilates pada hari pertama latihan.

Muhammad Alif Ashraf kini mengikuti program Kem Master VR46 Yamaha edisi kelapan bermula 4 September lalu bersama empat lagi pelumba muda iaitu Sawapol Nillapong, 16, dan Suttipat Patchareetorn, 18, dari Yamaha Motor Thailand, McKinley Kyle Paz, 18, (Yamaha Motor Filipina) serta Jake LeClair, 18, (Yamaha Motor Kanada).

Kesemua mereka turut menjalani latihan menggunakan jentera YZ250F di bawah tunjuk ajar pelumba yang pernah menjuarai beberapa kejohanan trek tanah rata di England, Amerika dan Eropah iaitu Marco Belli.