Aliff Syukri sebak, Ferrari terbakar

  • 6 years ago
Kereta mewah pengusaha produk kesihatan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman jenis Ferrari meletup di kilometer 39.5 Lebuh Raya Kesas dari Persiaran Kewajipan menghala ke Plaza Tol Sunway semalam.

Menurut Aliff, kejadian itu menyebabkan dia kerugian wang bernilai hingga jutaan ringgit.

“Aku insan yang lemah, kuatkanlah semangatku ya Allah. Apa patut saya buat, kereta kesayanganku aku beli RM1.8 juta, tak ada salah tak ada apa tetiba meletup,” katanya.

Difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 4 petang semalam itu berlaku ketika Aliff memandu kenderaan berkenaan seorang diri.

Laporan awal menunjukkan Ferrari terbabit terbakar 100 peratus, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.