Kes demam denggi meningkat 23,630

  • 6 years ago
Kes demam denggi terus menunjukkan peningkatan dengan sebanyak 23,630 kes direkod di seluruh negara bagi tempoh januari hingga 28 Februari berbanding 16,053 kes bagi tempoh sama tahun lepas. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya memaklumkan, bagi tempoh itu juga jumlah kematian meningkat kepada 62 orang daripada 29 orang.