MCA kaji kedudukan dalam BN jika Umno sokong hudud

  • 9 years ago
MCA akan membincangkan kedudukan mereka sebagai ahli BN sekiranya Umno menyokong rang undang-undang persendirian ahli parlimen PAS mengenai pelaksanaan hudud di parlimen.

Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong berkata parti itu akan mempertahankan seratus peratus asas perlembagaan persekutuan yang dipersetujui BN sejak merdeka.