Pakatan Rakyat sudah 'mati', kata Faiz Fadzil

  • 9 years ago
Walaupun pemimpin PAS menafikan bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur tetapi bagi anak bekas presiden PAS, Muhammad Faiz, gabungan itu sudah 'mati' kerana perpecahan antara partinya dengan DAP.

Katanya, Pakatan tidak mungkin wujud hanya dengan satu parti sedangkan dua sekutunya tidak lagi dapat bersama dan keadaan itu akan menjadikan mereka sebagai 'cacat' atau 'tempang'.