SANTAI, lincah, peramah dan petah berbicara. Itulah gambaran serba ringkas yang boleh penulis simpulkan terhadap perwatakan personaliti muka depan SinarPlus minggu ini, Trisha Ooi

  • 12 hari lalu
SANTAI, lincah, peramah dan petah berbicara. Itulah gambaran serba ringkas yang boleh penulis simpulkan terhadap perwatakan personaliti muka depan SinarPlus minggu ini, Trisha Ooi.

Pertemuan lebih dua jam itu sedikit demi sedikit dapat menyingkap sisi peribadi anak bongsu daripada dua beradik itu yang cukup menghargai ibu tersayang yang dipanggil mummy.

Meski bapa tersayang sudah pergi buat selama-lamanya, namun kehilangan itu mendidik empunya nama sebenar Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi lebih berdikari.

Menerusi soalan santai yang dilontarkan, peneraju watak utama Filem Janna Endoro itu turut berkongsi tindakan spontan beliau jika dapat bertentang mata dengan idola, Tan Sri Michelle Yeoh.

Selain minat mendalam terhadap motosikal berkuasa tinggi, anak jati Kuala Lumpur itu turut mendedahkan kenangan paling tidak dilupakan sampai bila-bila. Apakah kenangan tersebut?

Lagi satu, apakah yang akan dilakukan si lincah setinggi 163 sentimeter itu jika dirundung kesedihan?

Ikuti semua jawapan spontan tetapi penuh bermakna itu menerusi video pendek yang dikongsikan ini.

#coversinarplus #trishaooi #selebriti #pelagakngeri #stuntwomenmalaysia #pelakon #SinarPlus #fyp #lifestylesinarharian #fypシ゚viral

Personaliti: TRISHA OOI (@itstrishaooi)
Teks/ video: ARZIANA MOHMAD AZAMAN (@arziana_azaman)
Editor: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR

Disyorkan