Meski setahun jagung bergelar aktres dalam industri seni, namun pemilik nama sebenar Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi itu sudah membintangi hampir 20 naskhah terbitan produksi lokal

  • 13 hari lalu
DALAM dunia lagak ngeri, nama Trisha Ooi tidak perlu diperkenalkan lagi. Membina nama seawal usia 16 tahun, skil seni pertahanan diri yang dikuasai sejak kecil dimanfaatkan sebaiknya untuk menampilkan bakat terpendam dalam diri.

Meski setahun jagung bergelar aktres dalam industri seni, namun pemilik nama sebenar Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi itu sudah membintangi hampir 20 naskhah terbitan produksi lokal.

Justeru, peluang mendekati anak bongsu daripada dua beradik itu baru-baru ini dapat menggali lebih mendalam personaliti beliau yang mungkin masih ramai peminat belum tahu.

Tidak pernah sama sekali menyematkan angan-angan mahu bergelar selebriti sejak kecil, namun rezeki yang sudah terbentang luas disambut dengan penuh kesyukuran.

Di sebalik kejayaan yang dikecapi, masih terdapat janji-janji akhir yang dipegang kepada arwah bapanya sebelum terjun dalam dunia lakonan dan lagak ngeri. Apakah waad keramat tersebut?

Percaya bakat lebih penting daripada kontroversi, si lincah setinggi 163 sentimeter itu berpegang teguh dengan pendirian tersebut. Apa yang membuatkan graduan jurusan undang-undang tersebut nekad untuk mengikut jejak langkah idolanya, Tan Sri Michele Yeoh?

Untuk mengetahui lebih lanjut butir bicara yang cukup berinspirasi, dapatkan akhbar Sinar Ahad menerusi sisipan SinarPlus. Layari sinarplus.sinarharian.com.my.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube, TikTok dan Threads SinarPlus.
Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi.

#coversinarplus #trishaooi #selebriti #pelagakngeri #stuntwomenmalaysia #pelakon #SinarPlus #lifestylesinarharian

Personaliti: TRISHA OOI (@itstrishaooi)
Teks/ video: ARZIANA MOHMAD AZAMAN (@arziana_azaman)
Editor: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR